Ruang Iklan PERCUMA untuk Online Business Owner yang POSITIF dan berbudaya sihat sahaja! Anda Kaya dan Berjaya...

MOTIVASI

Tips4Biz: Jika kita berniaga, kita kena kenalpasti yang mana yang kita kena beri perhatian lebih samada High Value Client atau tidak. Bila kita jaga High Value Client, mungkin mereka ni banyak hal atau leceh sikit tapi dari
mereka satu client sahaja, kita boleh create value jualan lebih RM100,000 setahun daripada client yang sekali sekali datang tapi belanja 20 sen setahun. Mesej kat sini adalah, semua client penting dan perlu dijaga, cuma kita kena beri lebih sedikit value kepada mereka yang beri kita lebih value kepada kita. Kita sombong dengan pelanggan, kita "hilang" bisnes kita.... Siapa yang rugi? Kann.....-DAO-


Dalam hidup, kita jangan hanya menjadi penonton kepada pencapaian orang lain tetapi kita mahu menjadi sebahagiaan daripada mereka yang sentiasa mencapai kejayaan demi kejayaan serta membantu raaaamai orang mencapai kejayaan mereka! 5 Asas Formula kejayaan saya ialah MESTI- Mentor, Ilmu, Sistem, Tindakan dan Impian adalah formula kejayaan! Anda kaya & berjaya dunia akhirat! -DAO-

Orang Islam (bukan kat sini, kat nun di sana) tak sibuk bergaduh pasal politik, asyik gaduh siapa jadi ketua cawangan, tak pun gaduh rebut perempuan, tak pun asyik gaduh dan dengki orang lain berniaga, tak pun asyik gaduh pasal jawatan, tak pun asyik gaduh pasal fitnah orang, tak pun asyik gaduh pasal langsir siapa cantik....... Ya Allah.... Kau satukanlah hati-hati kami! Marilah kita kembali mengenal Allah swt yang satu, Muhammad pesuruhNya.....kembali menghayati ilmu! Marilah kita perbaiki hati kita..... Ingatan buat diriku yang selalu sangat lupa!

Tips4Sukses: Tidak ada yang dapat menolak takdir Allah swt, selain doa. Dan tidak ada yang dapat menambah umur seseorang, selain (perbuatan) kebaikan. (HR Tirmidzi) -Silakan Like & Share utk tmbh kebaikan! -DAO-Kita adalah apa yang kita baca dan kita "baca" serta "bacakan"! Fahami bacaan ni betul2! Anda baca kaya & berjaya atau anda "baca" kaya & berjaya atau anda "bacakan" kaya & berjaya!? -DAO-Kunci segala pembangunan duniawi dan ukhrawi adalah ilmu dan apa yang kita baca menjadikan kita serta bangsa kita. Semuanya bermula daripada sistem pendidikan yang kita pilih untuk anak2 kita dan apa yang kita tunjukkan kpd mrk hari ni adalah menjadikan siapa mrk dihari esok. Siapa kita hari ini adalah dari mana kita datang semalam..... -DAO-

Tak perlulah ego bila tak ada ilmu, nanti terus hidup "biasa-biasa", "broke", hutang berlambak ttp masih nak bodoh sombong dan langgar dinding.... Sekali-sekali its ok utk rendahkan diri belajar utk belajar drpd org lain yg lebih berjaya! P/S- Itu intipati pesanan arwah guru saya 12 tahun dulu! Teringat dia. Al-Fatihah. -DAO-